Laporan penuh jawatankuasa khas siasatan kes kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dijangka dibentangkan kepada jemaah menteri pada September.<br /><br />Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia berikutan kerajaan sudah menerima laporan penuh berkenaan daripada jawatankuasa yang memulakan proses siasatan sejak 21 Disember tahun lepas.